Kelantan Bloggers

Perpindahan Pemain Utama Tidak Jejas The Red Warriors


Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, bersama barisan pemain pasukan
Kelantan semasa majlis memperkenalkan pasukan di KB Mall, Jumaat lalu.
Foto oleh Zaman Huri Isa
PERPINDAHAN pemain utama menjelang musim baru Liga Super tidak akan melemahkan pasukan Kelantan. Bahkan ketua jurulatih, B. Sathianathan, percaya ia akan menguntungkan Juara Piala Malaysia tersebut dalam jangka masa panjang, dengan mengenegahkan bakat muda dari pasukan junior yang diserapkan ke pasukan utama.

Ia tidak mudah apabila Kelantan kehilangan sembilan pemain, termasuk seperti pemain pertahanan Azizi Matt Rose dan penyerang Nor Farhan Muhammad, Indra Putra Mahyuddin, Akmal Rizal Rakhli dan Hairuddin Omar.

"Tentu saja pasukan kami akan membuat penampilan yang berbeza untuk musim baru ini, dan kunci di sini adalah ia melibatkan tahap kesabaran dan kesungguhan semua orang, daripada pihak pengurusan pasukan hinggalah kepada para penyokong"

"Pengurusan pasukan memahami keadaan ini dan kita telah diberikan kata-kata semangat untuk berjuang bagi memastikan Kelantan berada dalam kelompok empat pasukan teratas di peringkat kumpulan dan membawa pulang piala daripada setiap kejohanan," kata Sathianathan.

Beliau menjelaskan perkara tersebut apabila rata-rata penyokong mahukan kejayaan yang lebih baik dicapai pasukan Kelantan untuk musim ini.

"Tetapi, para penyokong harus memahami bahawa akan ada peringkat penyesuaian pasukan di awal musim ini kerana kita belum berpeluang menyusun barisan pemain yang terbaik untuk beraksi, disamping rencatan rancangan latihan disebabkan keadaan cuaca yang kurang baik dan padang latihan yang tidak dapat digunakan kerana sedang dibaikpulih."

"Apa yang kami dapat lakukan adalah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan Harimau Muda, Felda United FC, Sarawak dan Sime Darby di Lembag Klang yang keputusan perlawanan setakat ini tidak berpihak kepada pasukan kita"

Jurulatih itu berkata perancangan beliau terjejas apabila Azizi, Nor Farhan dan Indra Putra memutuskan untuk bersama pasukan T-Team empat hari sebelum tarikh pendaftaran pemain musim ini ditutup, membuatkan beliau tidak cukup masa untuk mencari pemain gantian yang sesuai.

"Ia hal yang berbeza dengan perpindahan Hairuddin dan Akmal Rizal dan kami telah membawa masuk Khalid Jamlus dan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ganti," katanya.

Pemain lain yang meninggalkan pasukan adalah Adney Syed Syed Hussein, Hishamuddin Che Hassan, Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin dan Mohd Shahrudy Aziz.

Selain daripada Khalid dan Wan Rohaimi, barisan muka baru yang lain adalah Norhadi Ubaidullah, Abdul Aziz Ismail, Khairan Ezuan Razali, Danial Fadzly Abdullah, Solihin Kanasian, Nurul Azwan Roya dan Ramzul Zahini Adenan.

BARISAN PEMAIN PASUKAN KELANTAN MUSIM 2011

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat, Shahrizan Ismail, Norhadi Ubaidillah, Halim Napi.

Pertahanan
S. Subramaniam, Farisham Ismail, Aziz Ismail, Daudsu Jamaluddin, Rizal Fahmi Rosid, Khairan Ezuan Razali, Zairul Fiteree Ishak.

Pemain Tengah
Wan Rohaimi Wan Ismail, Khairan Eroza Razali, Shakir Shaari, Badhri Radzi (KP), Wan Zaman Wan Mustapha, Danial Fadzly Abdullah.

Penyerang
Nizad Ayub, Norshahrul Idlan Talaha (PKP), Ramzul Zahini Adenan, Zul Yusri Che Harun, Solihin Kanasian, Nurul Azwan Roya, Khalid Jamlus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Arkib Blog