Kelantan Bloggers

Norshahrul VS Safee Sali: Siapa Lebih Hebat?

29 januari ini bakal menjadi penentu siapakah lebih hebat diantara kedua pemain yang akan mengetuai jentera serangan pasukan masing-masing nanti. Jika dalam skuad kebangsaan kedua pemain ini saling berkerjasama dengan hantaran yang kemas ke pintu gawang lawan, kini saingan piala Sultan Ahmad Shah akan menjadikan kedua-dua pemain ini pemusnah antara satu sama lain.

Persaingan sengit antara Selangor dan Kelantan akan memberi peluang kepada kedua pemain ini membuktikan kemampuan mereka pada pasukan dan seluruh rakyat Malaysia siapa wira sebenarnya. Ramai pemerhati sukan mencongak Norshahrul seorang penyerang yang baik hati dan bijak mencipta peluang kepada rakan-rakan, beliau tidak mementing diri sendiri, oleh itu tidak hairan sekiranya Norshahrul hanya mampu menjaring dua gol sahaja ketika perlawanan Piala AFF Suzuki 2011 kerana kebanyakan jaringan daripada pemain lain adalah hasil lolosan dan lorongan menarik Norshahrul. Norshahrul kelihatan tenang apabila setiap kali ditanya berkaitan tawaran pasukan luar negara, berbeza dengan Safee Sali yang begitu teruja ingin menyarung jersi luar negara sehinggakan pengurus pasukan Persib Bandung tampil menafikan penyertaan pemain emas Selangor ini.
Keupayaan Safee Sali selaku pembunuh di depan gawang juga tidak boleh dipandang mudah barisan pertahanan Kelantan 29 januari nanti. Keserasian 4 serangkai iaitu Amirul Hadi, Amri Yahya, Safik Rahim yang sentiasa bijak mencipta peluang kepada Safee Sali harus dikawal rapi barisan pertahanan supaya tugas Khairul Fahmi selaku benteng akhir Kelantan dapat diringankan dengan fokus yang baik menjaga golnya. Kemenangan Kelantan membelasah Selangor 3-0 pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2010 bukan lagi sandaran untuk mendabik dada selesa dengan kemenangan ini kerana barisan peledak tahun lalu sudah berubah. Kini Kelantan tiada lagi Akmal Rizal dan Norfarhan penjaring utama perlawanan tersebut.

Sandaran penyerang utama kini digalas Norshahrul  dan akan dibantu Ramzul Zahini serta Mohd Badhri Radzi, K. Soley, Nurul Azwan Royal, Shakir dan pemain lain bagi membawa pulang buat kali pertama Piala Sultan Ahmad Shah ini ke bumi Kelantan. Malam itu nanti akan menjadi penentu kehebatan dua pemain utama Malaysia ini samada Norshahrul atau Safee Sali pilihan terbaik pada pasukan mereka. Kedua-dua pemain ini dilaporkan mendapat tawaran lumayan daripada pasukan luar negara, sudah pasti perlawanan ini akan menjadi tumpuan wakil agen pasukan terbabit untuk datang menilai prestasi kedua pemain ini dan seterusnya mencadangkan pilihan terbaik kepada pengurusan mereka.


Walauapapun penilaian penyokong Malaysia kepada kedua pemain ini sekarang, Norshahrul dan Safee Sali masih ada 90 minit sebelum wisel perlawanan ditiupkan untuk mempamerkan aksi dan kehebatan sebenar mereka. Namun diingatkan keupayaan pasukan untuk kalah atau menang bukan bergantung kepada seseorang pemain sahaja kerana ianya memerlukan kesungguhan aksi daripada kesebelasan utama pemain dan yang paling utama pemain kedua belas selaku penggegar semangat kesebelasan pemain berfungsi dengan cemerlang.
Para penyokong The Red Warriors diseru turun beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan The Red Warriors yang akan terus tersenyum sepanjang musim ini setelah mendapat tajaan syarikat telekomunikasi "Happy". Malah sudah ada kata-kata gurauan pasukan ini akan dikenali dengan nama baru iaitu "Happy Warriors". Diharap kegembiraan ini sentiasa disulami dengan kemenangan pada tahun ini.
Teruslah bergomo bersama pasukan "The Happy Warriors " Oppssss silap The Red Warriors.....Gomo Kelate Gomo.....

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo[theredwarriors.com]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Arkib Blog