Kelantan Bloggers

Penyokong Kelantan Kecewa Perlawanan Petang

"Kami berharap pihak Perbadanan Stadium melakukan sesuatu demi kemeriahan bolasepak Kelantan, kami yakin perlawanan pada hari selasa sekiranya berlangsung pada waktu petang kurang mendapat sambutan sebagaimana jumlah kehadiran yang dicapai musim lalu" Keluh Tok Wan Bujal yang menghubungi wartawan TRWC.
TRWC menerima banyak email dan keluhan peminat di laman sosial Facebook yang turut risau sekiranya Kelantan akan beraksi pada waktu petang yang dijangka akan memberi masalah kepada kehadiran dan jumlah pungutan tiket yang akan menjejaskan kantung kewangan KAFA selain tidak berpuas hati dengan waktu perlawanan yang hampir dengan waktu solat di Kelantan.
Perbadanan Stadium diharap dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi memastikan kegemilangan dan kemeriahan bolasepak Kelantan berkekalan sepanjang tahun ini.

**Untuk makluman - Kelantan antara 7 negeri yang akan beraksi pada waktu sekiranya disahkan stadium rasmi tidak melepasi tahap kecerahan 800lux yang ditetapkan FAM sebelum 7/1/2011.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo[www.theredwarriors.com]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Arkib Blog