Semasa saingan liga Super musim lalu, kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan empat mata sahaja daripada 26 perlawanan yang berlangsung. Pada awal musim lalu Kelantan dilihat "lambat panas" dan terpaksa akur dengan 8 keputusan seri, satu kekalahan dan pada akhir musim Kelantan dilihat mulai "panas" dengan ledakan kemenangan sehingga memperolehi 17 kemenangan daripada 26 perlawanan, berbeza pula dengan Selangor yang sentiasa "cepat panas" dengan kemenangan awal mengalahkan Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan piala Sumbangsih hinggalah mencatat 20 kemenangan daripada 26 perlawanan dan 6 perlawanan selebihnya mencatat 3 kalah dan 3 seri.

Pada musim ini Selangor masih tercari-cari penjaga gol utama mereka kerana posisi tersebut menjadi rebutan Mohd. Iqbal Suhaimi, Saiful Amar Sudar dan Fairul Azwan Shahrullai. Posisi ini memberi kelebihan kepada Kelantan yang sudah sedia digalas oleh Khairul Fahmi selaku penjaga gol no 1 Kelantan dan Malaysia.
Dalam saingan Liga Super lalu, perlawanan di antara kedua-dua pasukan pada pusingan pertama seri tanpa jaringan dan pada pusingan kedua seri dengan jaringan satu sama. Bagi saingan piala Malaysia pula kedua-dua pasukan bertemu di suku akhir, pada suku akhir pertama di Shah Alam kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dan pada suku akhir kedua di Kota Bharu, Kelantan membelasah Selangor dengan jaringan 3 gol tanpa balas melalui jaringan Norfarhan, Akmal Rizal dan Mohd Badhri. Keputusan perlawanan tahun lalu, sedikit sebanyak dapat menutup aib Kelantan yang sentiasa menjadi skuad belasahan Selangor.
Namun begitu harus diingat lima pemain utama yang membantu Kelantan menewaskan Selangor pada pertarungan suku akhir kedua di Kota Bharu lalu sudah tiada dalam senarai Kelantan, tugas yang ditinggalkan mereka ini adakah mampu digalas oleh muka baru iaitu Azwan Roya, K. Soley, Abd Aziz, Wan Rohaimi, Danial dan Khalid Jamlus masih lagi belum terbukti dan masih menjadi harapan seluruh penyokong Kelantan agar mereka pantas serasi dengan taktikal permainan Kelantan yang dikendalikan B. Sathiananthan dan Hashim Mustapha. Kelibat Nicholas Chan juga menjadi impian peminat menyaksikan aksinya jika dipilih dalam kesebelasan utama sabtu nanti.

Permulaan yang baik antara Ultras Kelantan dan Ultras Selangor

Kami menyeru insiden kematian akibat kesesakan nafas, mercun, pergaduhan, kawasan penyokong lawan sempit dan provokasi pada musim lalu menjadi pengajaran kepada pihak pengurusan keselamatan stadium dan seluruh penyokong kedua-dua pasukan. Diharap perkara ini dapat dicegah dan ditangani pada saingan Piala Sultan Ahmad Shah 29 januari ini.
Kelab-kelab penyokong Kelantan yang tumbuh bak cendawan kini, diseru membantu KAFA mengawal tingkah laku penyokong Kelantan agar tidak terus dipandang sinis dengan insiden-insiden dan denda yang merugi seperti musim-musim lalu. Buktikan seluruh penyokong Kelantan mempunyai keazaman dan kemampuan untuk berubah pada tahun ini dan akan menjadi perlawanan ini bukan sahaja menarik dari segi corak perlawanan malahan dari segi kemesraan diantara penyokong dan kelab-kelab penyokong kedua-dua pasukan sepertimana yang ditunjukkan ketika bersama penyokong Kedah musim lalu.
Hadirlah ke stadium dengan membuang segala sifat dendam, jahat, gedebe dan seburuk seupamanya, prihatinlah pada penyokong yang hadir bersama anak-anak kecil dan famili. Biarlah pemain di padang sahaja yang bertarung sesama mereka, kita selaku penyokong ini hanya bertarung dengan emosi sahaja. Bersama kita Doakan kemenangan dan keamanan dalam perlawanan ini nanti. Gomo Kelate Gomo....
Saksikan kenangan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2010 di www.trwtv.com
Fakta:No | Pasukan | Jumlah Perlawanan | Menang | Seri | Kalah | Gol | Bolos | Jumlah Mata |
1 | SELANGOR | 26 | 20 | 64 | 23 | 63 | ||
2 | KELANTAN | 26 | 17 | 51 | 14 | 59 |