Kelantan Bloggers

Cukuplah....Kita Bersatu Pulak....Kembali Ke Gelanggang Kejayaan



Sebagai penyokong setia The Red Warriors tidak perlu kita terus menjadi pelopor untuk mengeruhkan lagi keadaan. Kekeruhan yang cuba dibawa oleh segelintir pihak ini telah mula mendapat reaksi gembira penyokong lawan yang mula bersorak dengan berita atau tohmahan yang dilemparkan oleh segelintir pihak ini ke laman sosial. Reaksi kejian mereka di salin dan dikongsi bersama peminat laman sosial mereka seterusnya menjadi bahan ejekan dan komen memperlekehkan semangat segelintir individu ini yang seolah-olah mewakili semangat kental seluruh penyokong setia lain yang terus bersama The Red Warriors.

Alihkan fokus hati dan perasaan benci anda pada perasaan yang ingin melihat kegemilangan bolasepak Kelantan terus berkekalan daripada jiwa busuk politik yang telah lama merosakkan silaturahim umat manusia di Kelantan. Allah telah meletakkan takdir ukhwah-NYA di bumi bertuah ini, iaitu menjadikan bolasepak sahaja yang boleh menyatukan hati rakyat Kelantan dari segala naluri perasaan bolasepak dikongsi bersama hinggalah berpeluk gembira meraikan kemenangan dari segenap ceruk muka bumi ini.
Gelanggang sebenar belum lagi dibuka, tidak eloklah kita menilai dan menghukum pencapaian barisan pemain kini dengan hanya 3 kekalahan dalam perlawanan persahabatan yang hanyalah percubaan ketua jurulatih B. Sathianathan melihat keserasian dan stamina anak buahnya. Untuk renungan bersama kekalahan dan kegagalan adalah kunci sebuah kejayaan. Syukur kekalahan ini dihadiahkan diawal persiapan kerana kekalahan ini akan memberi ruang masa kepada barisan pengurusan menilai serta memperbaiki setiap kelemahan dan ketumpulan barisan pemain yang ada.
Mungkin jiwa, hati dan kejayaan atau kekayaan kita tidak mampu lagi menandingi dan menjiwai hati kental anak jati kelantan yang memberanikan diri menjadi barisan penaja utama The Red Warriors ini seperti Dato' Azlan (Yusmira), En Nasir Hamzah(Sinar), Kamaruzaman Che Husin(Al-Jabbar) dan penaja-penaja lain. Oleh itu cukuplah hati dan usaha sedaya mampu kita dalam terus menaja segala usaha The Red Warriors, demi melihat sinar kejayaan The Red Warriors terus memancar di bumi tanah tumpah darah kita ini.
Ayuh!semua penyokong Kelantan , andai jumaat (7 januari 2011) ini kemuncak dan permulaan bagi kegemilangan bolasepak kita yang suram sejak isu-isu remeh lalu, marilah bersama kita bersatu demi kejayaan bolasepak kita ini. Ingatlah setiap keburukan yang dicipta kita sendiri ini, semua keburukan ini akan terpalit kepada seluruh darah daging anak Kelantan seluruh dunia tetapi sekiranya kebaikan atau kejayaan yang dicipta kita, seluruh rakyat tanpa mengira negeri asal mereka akan mengkagumi kita. Lihatlah bagaimana fenomena kejayaan Khairul Fahmi, adakah kejayaan beliau dikongsi oleh kita sahaja? Adakah perlu The Red Warriors kembali ke zaman kegelapan lalu? Tepuk dada tanyalah berapa nipisnya hati anda!!! Peduli apa orang kata....asal kita terus setia.
SEMOGA ALLAH TERUS MENYATUKAN HATI KITA BERSAMA THE RED WARRIORS.....GOMO KELATE GOMO
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo[copy n paste di  theredwarriors.com]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Arkib Blog