Kelantan Bloggers

cerita-cerita pasukan kelate zaman 90an

Kelantan dirundung malang


Petikan : Kejadian seumpama ini tidak harus berlaku ketika bola sepak Malaysia menuju era pemodenan. Saya anggap insiden ini sebagai kedua terburuk dalam sejarah sukan negara selepas pergaduhan pemain Kuala Lumpur dan Sarawak pada 1988.
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.


Keratan akhabar tahun 1994.

Merah Kuning kempunan lagi


Petikan : Sambil trio import Kelantan menyumbangkan ke arah kebangkitan negeri Pantai Timur itu, rasa kesal tentunya menebal di pihak Selangor selepas melihat jurang pendahuluan 2-0 diimbangi oleh pelawat pada babak kedua.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.

Keratan akhbar tahun 1995.

Hijau Kuning Raih Mata Penuh



Keratan akhbar tahun 1996 ketika saingan Liga Perdana Kedah lwn Kelantan.

KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS

Kelantan mampu tuba Hijau Kuning


 
"Tidak ada yang mustahil dalam bola sepak" - Mahadi Yusoff

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.




Keratan akhbar tahun 1995

Peristiwa-peristiwa pasukan kelantan pada tahun 1993

Kemeriahan bola sepak tercemar


Petikan : Pemain-pemain Kelantan bimbingan M. Karathu harus diberi pujian. Walaupun tewas, Kelantan sudah membuktikan ia sebuah pasukan yang boleh menjadi gergasi bola sepak tempatan. Malah, corak permainan Kelantan yang mantap dan tidak terikut-ikut dengan gaya garang penonton merumuskan bahawa mereka semakin matang.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas
                       Keratan Utusan Malaysia 16 November 1993.


Petikan : Seorang penyokong Kelantan secara tiba-tiba meluru kearah Mohd. Jamil di tengah padang sambil menendang pengadil itu.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Keratan Utusan Malaysia 15 November 1993 (Isnin)

Perkataan gomo tidak sesuai


Keratan : Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencadangkan supaya perkataan 'gomo' itu diganti dengan perkataan lain yang lebih bersopan.

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Keratan Utusan Malaysia 17 November 1993 (Rabu)

P/S:Ape-ape hai pow fans kelate yang terbaekk.....Gomo Kelate Gomo.. 

M. Karathu sah ganti B. Sathianathan di kem Kelantan

 

Sedang aku dok asyik dgr berita sukan kat astro arena sebentar td..Tan Sri Anuar Musa ade megatakan yg M.Karathu akan menggantikan tmpat B. Sathianathan sebagai jurulatih kelantan yg digantung oleh FAM selama 6 bulan..


 sekarang tgh berlangsungnya rancangan Formasi yg membincangkan ttg bola sepak tempatan di Astro Arena saluran 801 dan tetamu jemputanya ialah Tan Sri Anuar Musa dimana TSAM ade menyentuh mengenai pengganti B. Sathianathan , M.karathu yg juga bekas jurulatih perak.M. Karathu hanya mempunyai 1 hari sahaja masa untuk melatih kelantan iaitu pd hari esok kerana hari jumaat pasukan kelantan akan berangkat ke selangor


M. Karathu juga pernah melatih skuad piala malaysia kelantan pd tahun 1993...

P/S : apa2pon semoga kelantan terus maju....gomooooooooooooooooo Kelate gomooooooooooooo

Happy Menjadi Rakan Utama pasukan The Red Warriors





Happy syarikat komunikasi utama di malaysia menjadi rakan utama pasukan kelantan bagi tahun 2011.Dlm majlis yang di adakan di KTC...Pada pukul 12.30 Tngh hari seketika tadi..yang disaksikan oleh presiden kafa iaitu  Tan Sri Annuar Musa ada lebih 300 perminat trw...dalam masa itu penaja-penaja lain yang turut menadatangani kontrak adalah..sinar harian,yusmira,al-jabbar,alhamra,umbro,majlis tamat pada pukul2.30 ptg.
jersi Goalkeeper..


jersi permain

Milik Siapa Piala Sultan Ahmad Shah 2011 & Siapa Pencabar "Apex"?



Kini hati seluruh penyokong The Red Warriors sudah mula berkobar-kobar menghitung detik 8.45 malam 29 januari ini. Pertembungan Selangor selaku penyandang juara Liga Super dan piala Sultan Ahmad Shah dengan Kelantan selaku penyandang naib juara Liga Super dan juara Piala Malaysia ini pasti mendapat perhatian ramai peminat sukan bolasepak Malaysia kerana ingin menyaksikan kehebatan kedua-dua pasukan ini tatkala fenomena kemenangan piala AFF Suzuki masih lagi hangat diperkatakan.
Semasa saingan liga Super musim lalu, kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan empat mata sahaja daripada 26 perlawanan yang berlangsung. Pada awal musim lalu Kelantan dilihat "lambat panas" dan terpaksa akur dengan 8 keputusan seri, satu kekalahan dan pada akhir musim Kelantan dilihat mulai "panas" dengan ledakan kemenangan sehingga memperolehi 17 kemenangan daripada 26 perlawanan, berbeza pula dengan Selangor yang sentiasa "cepat panas"  dengan kemenangan awal mengalahkan Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan piala Sumbangsih hinggalah mencatat 20 kemenangan daripada 26 perlawanan dan 6 perlawanan selebihnya mencatat 3 kalah dan 3 seri.

Jika dibandingkan dari segi bolos dan jumlah kekalahan, Kelantan memiliki kelebihan dan berjaya membuktikan kekebalan barisan pertahanan dan penjaga golnya berbanding Selangor. Pada saingan Liga Super lalu juga, Khairul Fahmi layak digelar penjaga gol terbaik  kerana "Apex" berjaya menjaga gawang dengan baik daripada dibolosi selepas mengambil alih tugas daripada Syed Adney. Gawang Selangor pada musim lalu dijaga oleh Hamsani Ahmad yang kini telah berhijrah ke Felda United.
Pada musim ini Selangor masih tercari-cari penjaga gol utama mereka kerana posisi tersebut menjadi rebutan Mohd. Iqbal Suhaimi, Saiful Amar Sudar dan Fairul Azwan Shahrullai. Posisi ini memberi kelebihan kepada Kelantan yang sudah sedia digalas oleh Khairul Fahmi selaku penjaga gol no 1 Kelantan dan Malaysia.
Dalam saingan Liga Super lalu, perlawanan di antara kedua-dua pasukan pada pusingan pertama seri tanpa jaringan dan pada pusingan kedua seri dengan jaringan satu sama. Bagi saingan piala Malaysia pula kedua-dua pasukan bertemu di suku akhir, pada suku akhir pertama di Shah Alam kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dan pada suku akhir kedua di Kota Bharu, Kelantan membelasah Selangor dengan jaringan 3 gol tanpa balas melalui jaringan Norfarhan, Akmal Rizal dan Mohd Badhri. Keputusan perlawanan tahun lalu, sedikit sebanyak dapat menutup aib Kelantan yang sentiasa menjadi skuad belasahan Selangor.
Namun begitu harus diingat lima pemain utama yang membantu Kelantan menewaskan Selangor pada pertarungan suku akhir kedua di Kota Bharu lalu sudah tiada dalam senarai Kelantan, tugas yang ditinggalkan mereka ini adakah mampu digalas oleh muka baru iaitu Azwan Roya, K. Soley, Abd Aziz, Wan Rohaimi, Danial dan Khalid Jamlus masih lagi belum terbukti dan masih menjadi harapan seluruh penyokong Kelantan agar mereka pantas serasi dengan taktikal permainan Kelantan yang dikendalikan B. Sathiananthan dan Hashim Mustapha. Kelibat Nicholas Chan juga menjadi impian peminat menyaksikan aksinya jika dipilih dalam kesebelasan utama sabtu nanti.

Kini harapan besar diletakkan kepada Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Badhri Radzi, Shakir, S Chanturu, S Subramaniam, Ramzul Zahini, Daudsu, Wan Zaman Khairan Eroza dan semua pemain yang kekal menyarung jersi Kelantan pada tahun ini supaya mengekalkan kehebatan Kelantan musim lalu dan cepat membimbing serta memberi kerjasama dengan pemain baru.

Permulaan yang baik antara Ultras Kelantan dan Ultras Selangor
Keupayaan di semua posisi serangan, pertahanan dan tengah dilihat ada kelebihan pada Selangor, yang disasarkan pada 55% keupayaan keseluruhan posisi manakala keupayaan Kelantan di semua posisi  disasarkan pada 45% dan masih mampu menjadi pemusnah impian Selangor.

Namun keupayaan pemain kedua belas Kelantan yang berada di luar padang mampu melebihi peratusan maksimun 100%. Gegaran sokongan dan semangat mereka mampu melonjak pretasi para pemain didalam padang sekaligus menjadi tonik ajaib dengan prestasi luar biasa semua pemain, dan ianya telah terbukti tidak mampu ditandingi oleh penyokong Selangor sepanjang musim lalu.
Kami menyeru insiden kematian akibat kesesakan nafas, mercun, pergaduhan, kawasan penyokong lawan sempit dan provokasi pada musim lalu menjadi pengajaran kepada pihak pengurusan keselamatan  stadium dan seluruh penyokong kedua-dua pasukan. Diharap perkara ini dapat dicegah dan ditangani pada saingan Piala Sultan Ahmad Shah 29 januari ini.
Kelab-kelab penyokong Kelantan yang tumbuh bak cendawan kini, diseru membantu KAFA mengawal tingkah laku penyokong Kelantan agar tidak terus dipandang sinis dengan insiden-insiden dan denda yang merugi seperti musim-musim lalu. Buktikan seluruh penyokong Kelantan mempunyai keazaman dan kemampuan untuk berubah pada tahun ini dan akan menjadi perlawanan ini bukan sahaja menarik dari segi corak perlawanan malahan dari segi kemesraan diantara penyokong dan kelab-kelab penyokong kedua-dua pasukan sepertimana yang ditunjukkan ketika bersama penyokong Kedah musim lalu.
Hadirlah ke stadium dengan membuang segala sifat dendam, jahat, gedebe dan seburuk seupamanya, prihatinlah pada penyokong yang hadir bersama anak-anak kecil dan famili. Biarlah pemain di padang sahaja yang bertarung sesama mereka, kita selaku penyokong ini hanya bertarung dengan emosi sahaja. Bersama kita Doakan kemenangan dan keamanan dalam perlawanan ini nanti. Gomo Kelate Gomo....

Saksikan kenangan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2010 di www.trwtv.com

Fakta:
No
Pasukan
Jumlah Perlawanan
Menang
Seri
Kalah
Gol
Bolos
Jumlah Mata
1
SELANGOR
26
20
3
3
64
23
63
2
KELANTAN
26
17
8
1
51
14
59
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo[theredwarriors.com]

TV The Red Warriors


Satu lagi kerjayaan The Red Warriors... selepas berjaya mengeluarkan  radio online bola sepak pertama di malaysia iaitu  trwfm...kali ini The Red Warriors akan mengeluarkan tv nya sediri iaitu [trwtv.com] yang Sedang Diuji buat masa sekarang.... dengan adanya trwtv ini akan menjadikan The Red Warriors (kelantan fa) satu-satunya kelab bola sepak di malaysia yang menpuyai tv nya tersediri...ini juga akan menjadi satu kerbangaan bagi penyokong trw dan rakyat negeri cik siti wan kembang (kelantan darul naim). tahniah diucapkan kepada semua yang terlah terlibat dalam mengeluarkan tv trw...tahniah juga diucapkan kepad Tan Sri Annuar Musa kerana berjaya membawa The Red Warriors ke puncak kejayaan yang menbangakan rakyat kelantan...

Mampukah Barisan Red Warriors musim Ini Menyaingi Barisan 'Emas' Musim 2010?


[Skuad Red Warriors Musim 2011]....

Player Penting :
  • Shahrul Idlan Talaha
  • Badhri Radzi
  • Khairul Fahmi
  • dan beberapa player lagi...xconfirm ag..

Player Baru :
  • Wan Rohaimi
  • Aziz Ismail
  • Azwan Roya
  • Nickholas Chan
  • Danial Fadly
  • K.Soley
  • Khalid jamlus
  • dan beberapa ag..

KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN MUSIM LEPAS, MEMANG JAUH LA SERASI DAN KUAT TEAM MUSIM LALU... TAPI....AWASSS.....RED WARRIORS 2011 AKAN MENGAMUK UNTUK MEMBURU 'MANGSA' DALAM MISI MEMPEROLEH HABUANNYA(GELARAN JUARA)...



Player Penting 2010 :
  • Shahrul Idlan talaha
  • Indra Putra Mahayuddin
  • NorFarhan Muhammad
  • Azizi Matt Rose
  • Khairul Fahmi Che Mat
  • Akmal Rizal
  • Hairuddin Omar
  • Badhri Radzi

Yang pastinya jelas Musim 2010 lebih menampakkan 'Star Players' bagi skuad Red Warriors yang seterunya menjulang negeri Kelantan ke persada Arena Bolasepak Malaysia..

Thanks To :
Player musim lepas..
  • Akmal Rizal(Perak)
  • Hairuddin Omar(negeri Sembilan)
  • Indra Putra Mahayuddin(T-Team)
  • NorFarhan Muhammad(T-Team)
  • Azizi Matt Rose(T-Team)
  • Che Hishamuddin(Bersara)
  • Sharudy Aziz(digugurkan)

Kawe Doakan agar The Red Warriors dapat Piala jugak tahun nih..[PFKE]

Dari pada Tan Sri Annuar Musa

 
JEMPUTAN..SATU MAJLIS JAMUAN T/HARI UTK RAKAN FACEBOOK [Tan Sri Annuar Musa] DAN AHLI KELAB PENYOKONG BERSAMA PEMAIN2 PD HARI AHAD 23HB JAN DARI JAM 12.30-3.00PTG DI DEWAN KTC KB...UTK SAMA MERAIKAN PERKAHWINAN 4 PEMAIN TRW..SYAKIR FARISHAM NORSYARUL DAN IWAN..juga kesyukuran majlis TT penajaan 2011..
Sila maklum/like jika dapat hadhir untuk bantu anggar kehadhiran anda... untuk maklum atau like[klik disini]

FAM tak minat


Tan Sri Annuar Musa bukan
Tan Sri Annuar Musa bukan
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) lebih berminat menumpukan soal pembangunan bola sepak negara daripada berbicara untuk mendapatkan hak penganjuran Piala Dunia secara bersama dengan sekutu Asean.
Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak berhak memberikan cadangan, namun bagi FAM, mereka tidak pernah terfikir menjadi tuan rumah kejohanan terbesar empat tahun sekali anjuran Fifa itu.

“Kami (FAM) tidak tahu apa-apa mengenai cadangan membida Piala Dunia dan perkara ini tidak pernah dibincangkan sebelum ini. Saya berpendapat lebih bagus kerajaan jadikan bola sepak sebagai agenda nasional dan mendapatkan kesepakatan negara Asean lain dalam merangka program jangka panjang pembangunan bola sepak dan bukannya memikirkan soal menjadi tuan rumah Piala Dunia.
“Negara Asean masih ketinggalan dalam aspek pembangunan bola sepak dan ini terbukti apabila tidak ada pasukan rantau ini yang layak ke Piala Asia. Kita sebenarnya lebih banyak bercakap tentang bola sepak tapi satu kertas kerja pembangunan bola sepak pun tidak ada.

“Saya tidak cakap cadangan ini tidak boleh dilakukan tapi lebih baik kita tumpukan kepada soal pembangunan bola sepak negara yang ketika ini masih tidak tersusun, padang bola sepak pun tidak boleh diuruskan, stadium bola sepak pun tidak mengikut standard berbanding negara seperti Jepun dan Korea Selatan yang pernah menganjurkan Piala Dunia sebelum ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dalam Arena Metro sebelum ini yang mengumumkan kesediaan Asean untuk mendapatkan hak selaku tuan rumah Piala Dunia 2030 selepas menghadiri mesyuarat bersama rakan sejawatnya di Lombok, Ahad lalu.

Anifah berkata, menerusi kesepakatan yang dicapai, Malaysia diberi mandat menyediakan kertas kerja yang akan dibentangkan kepada pemimpin 10 negara Asean pada sidang kemuncak di Jakarta Mei depan.
Tambah beliau, antara cadangan awal yang dikemukakan adalah membentuk satu pasukan terbaik Asia Tenggara dan memberikan peluang kepada setiap negara Asean menganjurkannya secara bersama.

Untuk itu, Anifah yang juga bekas Naib Presiden FAM akan meminta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bekerjasama dengan FAM sebelum duduk semeja bersama anggota Asean lain bagi menyediakan kertas kerja bidaan itu.

Bagaimanapun, Annuar mengingatkan proses bidaan hanya boleh dilakukan persatuan bola sepak negara masing-masing dan tidak membabitkan campur tangan kerajaan.

“Kalau menyentuh soal bidaan Piala Dunia ia memerlukan kaedah tertentu dan pihak yang boleh membuat bidaan adalah badan induk bola sepak negara dan bukannya kerajaan.

“Bidaan tidak boleh dibuat oleh kerajaan dan campur tangan politik ini boleh mengundang masalah kepada persatuan bola sepak kerana melanggar peraturan Fifa,” katanya.

Menurut Annuar, proses mendapatkan hak penganjuran Piala Dunia bukan mudah dan akan bertambah rumit apabila membabitkan penganjuran banyak negara.

“Bukan mudah menganjurkan lebih daripada dua negara, penganjuran ini membabitkan semua negara Asean, bagaimana pula kita boleh membentuk satu pasukan untuk mewakili negara-negara ini? “Qatar akan menjadi penganjur Piala Dunia pada 2022 dan untuk Asia mendapatkan hak pada dua penggal berikutnya bukan mudah. Proses bidaan memakan belanja yang besar, lihat saja berapa banyak duit dihabiskan Qatar, England dan negara lain baru-baru ini, setiap bidaan pula tidak semestinya berjaya,” jelasnya.

Sepah Dibuang @ Membuang Diri?

Sebaik sahaja isu dakwaan kepada tiga bekas pemainnya didengar oleh FAM, ada segelintir wartawan memandang sinis tindakan KAFA ini yang dicop dengan topik yang menggambarkan seolah-olah KAFA tidak mengenang jasa bekas pemainnya ini. Selain cuba menimbulkan isu kebencian pada negeri Kelantan dengan luahan sentimen kenegerian seperti dilaporkan dalam tulisannya dibawah ini.
REMBAT-KOSMO
Sebelum penulis terbabit mengapi-apikan hasutan kenegerian ini, sepatutnya dia mengkaji siapa yang dia kritik terlebih dahulu. Tan Sri Annuar Musa selaku presiden KAFA telah mengikut prosedur biasa pendakwaan yang tertera dalam peraturan 10.5 FAM, beliau masih lagi menggunakan khidmat guaman seperti kebiasaan kerana tidak mahu campur tangan dalam urusan pendakwaan ini. Datuk Takiyuddin Hassan pula merupakan seorang peguam berpengalaman dan berpengaruh, sekiranya penulis terbabit meletakkan tarafnya sama dengan pemimpin yang bersifat kenegerian, penulis ini harus memohon maaf kerana cuba mencemar profesion Datuk Takiyuddin Hassan dan tidak memberi fakta sebenar mengenai negeri asal Datuk Takiyuddin Hassan yang dilahirkan dan dibesarkan di kampung Kemelong, Sik, Kedah ini.
Mengenai tiga pemain terbabit, KAFA sangat menghargai jasa mereka kepada Kelantan dan sanggup menurut segala kemahuan mereka sebelum ini. Namun sedikit pun, pihak KAFA tidak menyangka ketiga-tiga pemain ini tidak pandai menulis atau mengupah penulis untuk menulis surat keinginan mereka meninggalkan Kelantan atau bersemuka dengan mana-mana pegawai KAFA bagi menjelaskan keinginan mereka berhijrah, mungkin isu ini sudah lama selesai.
Hanya segelintir Penyokong Kelantan memandang serius dengan isu ini dan berharap penulis terbabit memohon maaf kepada kedua-dua pemimpin Kelantan ini. Semua penyokong Kelantan diseru bertenang dengan isu ini kerana penulis terbabit juga telah banyak memberi kerjasama dan laporan yang menaikkan imej Kelantan. Dengan ini tidak timbul isu penulis ini memburukkan imej keseluruhan rakyat Kelantan. Terima kasih kepada penulis yang telah banyak berjasa dalam membangunkan bolasepak tanahair. Semoga penulis terus berkarya demi kemajuan sukan di Malaysia. Penulis-penulis sentiasa bersama anda.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo  [.theredwarriors.com]

Terima Kasih Atas Pemohanan Maaf Saudara Rizal Hashim



Saudara Rizal Hashim sudah memohon maaf, jadi cukup setakat ini sahaja...kes sudah tamat...respect buat saudara rizal hashim kerana boleh memohon maaf tak macam "segelintir" blogger dan wartawan lain yang salah tapi masih lagi menegakkan benang yang basah..Saya juga ingin memohon maaf kepada saudara Rizal Hashim...atas penulisan di dalam blog saya semalam tentang diri anda....

Terima Kasih kepada Rizal Hashim  sekali lagi.

Oghe Kelate mmg seorang yg "pemaaf",, marin, kalu jumpa si Rizal,,mahu dicekiknya akan TETAPI ari nie diangkat menjadi "smart" laluu... DENGAR SINI SEMUA RAKYAT JELATA, AMBO Nak bagitau BHW Oghe Kelate tidak mendendami sesiapa mahupun apa2 ...asalkan meminta maaf dgn ikhlas dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi kerana sifat hati kami sebenarnya ADA TAMAN,..Tergurisnya hati kami "sekali" bole diubati TETAPI kami tidak akan mengubatinya lagi sekiranya hati kami DiRobek-Robek dan beringatlah sensitiviti kami utk hari2 yg mendatang. InsyaAllah kami akan menjadi yg terpuji,.. Ameen.

[permohonan maaf saudara rizal hashim].

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Kelate.Net Tawan Puncak Bukit

KOTA BHARU Seramai 15 ahli Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) mencipta sejarah apabila berjaya menawan puncak Bukit Keluang, Besut dalam satu ekspedisi yang diadakan kelmarin.
Aktiviti Menawan Puncak Bukit Keluang anjuran Kelate.Net bermula dengan konvoi beramai-ramai sebanyak 10 buah kereta dari perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV ke destinasi tersebut yang terletak sejauh 97 kilometer dari Kota Bharu.
Pengarah Programnya, Mahizi Mahmood berkata, tujuan penganjuran ekspedisi diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli kelab itu setelah sekian lama tidak melakukan aktiviti sampingan selain daripada aktiviti memberi sokongan moral kepada pasukan Kelantan di stadium.
“Aktiviti ini bermula dengan konvoi beramai-ramai dari Kota Bharu menaiki kenderaan masing-masing. Setiap kenderaan mengibarkan bendera negeri dan The Red Warriors sebagai menyemarakkan penganjuran program ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
“Aktiviti pendakian ini merupakan pertama kali dianjurkan dan berdasarkan kepada sambutan yang ditunjukkan oleh kalangan ahli, kami menyifatkan ianya satu permulaan yang menarik dan harus diteruskan pada masa akan datang.
“Seramai 33 orang telah terlibat menyertai ekspedisi ini melibatkan kaum wanita malahan anak-anak kecil juga tidak ketinggalan dibawa bersama dengan kita berkonvoi ke Bukit Kluang. Daripada jumlah itu, seramai 15 ahli telah memulakan pendakian dan tiba ke puncak dalam tempoh 45 minit,” katanya.
Menurut Mahizi, walaupun menghadapi kesukaran untuk turun daripada puncak tersebut kerana laluannya cukup berliku dan licin akibat hujan sebelum itu, tetapi ahlinya selamat  tiba ke kaki bukit dalam tempoh sejam.
“Selain daripada aktiviti pendakian tersebut, kami juga turut mengadakan majlis barbeku dikawasan kaki bukit tersebut untuk semua yang menghadiri program ini. Acara bebas juga turut diselitkan dengan bermain bola sepak pantai selain mandi di kawasan perlancongan tersebut.
“Berdasarkan kejayaan penganjuran ekspedisi ini kita bercadang untuk menawan puncak Gunung Stong di Dabong tidak lama lagi bagi menerokai air terjunnya yang disifatkan salah satu air terjun yang tertinggi di Asia,” katanya.

Kepada Muhammad Rizal Hashim

 
Merasa terpanggil untuk memberi komen di sini secara terbuka berdasarkan petikan dalam blog saudara :

"Aku sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Masalahnya, ramai yang tidak boleh dikritik, khususnya penyokong fanat...ik yang buta hati, buta sejarah buta segala-galanya. Bila sedikit silap, dibesar-besarkan, bila buat betul, langsung satu hun pun tak de pujian. Konon 10 kali buat baik, belahlah." ---- kalau terbuka dan boleh menerima kritikan, tidak perluLAH membalas di blog bro... BLOG NI SETAU SAYA UNTUK TATAPAN UMUM,,

"Aku cabar kauorang kalau nak berdiskusi, biar ada kelas sikit la...sikit pun takpe...tahulah u all bertaraf dunia...ketiga." --- pedih beb ayat kelas ketiga ni... u berada dalam kelas ke berapa? pertama? kedua?

"Dalam analisis terakhir, puak-puak ni lebih kurang sama la dengan golongan penyokong Indonesia yang gelar Malaysia malingsia dan pelbagai kata nista. Puak ni jugak agaknya yang bergaduh dengan penyokong Selangor hari tu..." ----- samakan dengan penyokong indonesial? ada diorang kata saudara maling? kata nista cumalah asam garam hidup seorang blogger n penulis sukan bro... takkan u tak biasa dengan semua tu, (ni tulisan mentaliti kelas ke berapa tak tau ni? kelas kedua ke pertama?)

MENGAITKAN KREDIBILITI PEGAWAI FAM ADALAH TIDAK WAJAR KERANA MEREKA DIPILIH SECARA UNDIAN DALAM MENENTUKAN JAWATAN MEREKA.. SECARA KEBETULAN TAN SRI TIMBALAN PRESIDEN DAN YB TAKIYUDIN BERKHIDMAT UNTUK NEGERI KELANTAN... DAN MEREKA SEMEMANGNYA PROFESIONAL..

AYAT AYAT INI DI RUJUK :

'Ada ugutan menggantung dan mengenakan denda terhadap mereka kerana kononnya perpindahan itu tidak mengikut prosedur. Yang tukang adu Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan, yang menerima aduan Datuk Takiyuddin Hassan, juga orang Kelantan.

- SIAPA YANG MENGUGUT?

"Jadi hati-hati, jangan ada sentimen kenegerian. Sebab itu dulu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar nasihatkan semua pemegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar letak jawatan di peringkat negeri."

- MENGAPA BELIAU BERKATA DEMIKIAN? DULU DIA BOLEH AJE PEGANG PAFA N FAM KAN? BETOLKAN SAYA KALAU SILAP

"Siapakah yang akan melindungi kepentingan pemain jika pegawai ibarat durian, mereka umpama mentimun? Penulis cukup benci kalau pemain jadi mangsa keadaan."

- SIAPA NAK LINDUNGI KEPENTINGAN PEMAIN? KEPENTINGAN PASUKAN SIAPA NAK JAGA? [copy n paste
Afendy Latif ]

BOLA : MUHAMMAD RIZAL HASHIM vs PENYOKONG KELANTAN FA

Assalamualaikum kepda semua..

Penulis berasa terpanggil untuk mengupas akan isu ini

di sini dapat di lihat masih wujud sentimen kenegerian yang menebal di kalangan penyokong kelantan, ini yang kita mahukan..Tetapi pada masa yang sama, adakah protes tersebut betul betul memberi impak yang positif?

RIZAL HASHIM

  • sememangnya beliau dikenali ramai peminat sukan tanah air sebagai blogger sukan yang terkenal..
  • beliau selalu membanggakan diri beliau yang dikatakan memperkenalkan agar beberapa pemain negara dapat beraksi di liga luar negara.
  • cukup lantang mengkritik apa yang perlu di kritik dan dirasakan betol oleh nya
  • pernah menaikkan kemarahan penyokong kelantan semasa ulasan berkenaan sikap penyokong kelantan semasa menjadi tetamu di sebuah stesen televisyen tempatan
bagi pandangan penulis...

apa yang dikatakan oleh oleh beliau sebagaimana dipetik didalam blognya dan sisipan kosmo " rembat " yang berbunyi

Ada ugutan menggantung dan mengenakan denda terhadap mereka kerana kononnya perpindahan itu tidak mengikut prosedur. Yang tukang adu Tan Sri Annuar Musa dari Kelantan, yang menerima aduan Datuk Takiyuddin Hassan, juga orang Kelantan.

Jadi hati-hati, jangan ada sentimen kenegerian. Sebab itu dulu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar nasihatkan semua pemegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar letak jawatan di peringkat negeri.
Siapakah yang akan melindungi kepentingan pemain jika pegawai ibarat durian, mereka umpama mentimun? Penulis cukup benci kalau pemain jadi mangsa keadaan.

adalah amat tidak wajar...
sekiranya beliau merasakan apa yang ditulis adalah betul , maka beliau tidak seharusnya cuba bermain api dengan mengungkit bahawa beliau pernah menulis tentang kejayaan kelantan dalam kelaran yang lepas...
usah dikenang barang yang lepas bro.....

sila baca blog beliau:
http://rizalhashim.blogspot.com/2011/01/khas-buat-segelintir-penyokong-kelantan.html

apapon.. diharap semua penyokong penyokong kelantan bersikap lebih rasional dari emosional, disinilah kita dapat menunjukkan kematangan kita dalam menyokong pasukan kita..

biarlah beliau merujuk beberapa nama dalam blog beliau dan kata kata seerti di bawah
Dalam analisis terakhir, puak-puak ni lebih kurang sama la dengan golongan penyokong Indonesia yang gelar Malaysia malingsia dan pelbagai kata nista. Puak ni jugak agaknya yang bergaduh dengan penyokong Selangor hari tu..
beliau tidak perlulah menyamakan mereka ini sebagaimana penyokong indonesia.. atau mengatakan kemungkinan mereka yang bergaduh dengan penyokong selangor..

dalam hati aku, BRENGSEK BETOL LAH MAMAT NI..

apa motif beliau berkata demikian?

beliau juga mencadangkan dan mencabar agar diadakan diskusi .. perlu diingat, beliau sekali lagi memperlekehkan mereka mereka ini dengan perkataan kelas ketiga.. hallo bro... siapa yang menentukan kelas kelas ni? ada exam ke?
kelas nombor empat ada kat mana? nombor tercorot nombor berapa? siapa nombor dua? nombor satu dimana?

adakah saudara RIZAL HASHIM ini cakap serupa bikin?

Aku sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Masalahnya, ramai yang tidak boleh dikritik, khususnya penyokong fanatik yang buta hati, buta sejarah buta segala-galanya. Bila sedikit silap, dibesar-besarkan, bila buat betul, langsung satu hun pun tak de pujian. Konon 10 kali buat baik, belahlah.

kalau dah bersikap terbuka, mengapa nak dipanjangkan lagi dalam blog lu bro..... agak agak aaa... diam diam sudey.... cit poorah... mengungkit la pulak... macam budak tak ada kelas...

KEPADA PENYOKONG KELANTAN.. PERLU DIINGAT.. DAH ADA PEMERHATI SEKARANG... WALL GROUP PON DAH RAMAI PENGUNJUNG.. TAHNIAH.. SECARA TIDAK LANGSUNG .. DAPAT MENINGKATKAN KEPOPULARITIAN.. MUNGKIN BOLEH MENGATASI APEK? HAHAHAHA.. APAPUN, PENULISAN KITA MENCERMINKAN SIKAP KITA... SELAMAT MAJU JAYA...

NANTI ADA IDEA ,, AKU TULIS LAGI...
ASSALAMUALAIKUM

Annuar bidas pemain langgar etika


Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa kesal dengan sikap segelintir pemain yang mengejar tawaran gaji tinggi sehingga sanggup melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
Tegas beliau yang juga Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), perbuatan sedemikian sekiranya dibiarkan berleluasa tanpa dikawal, maka ia akan membawa kepada kejatuhan bola sepak di negara ini.
“Pemain-pemain yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab seharusnya dikenakan tindakan sebagaimana dikenakan terhadap sesebuah kelab yang tidak mematuhi peraturan.
“Kalau sesebuah kelab boleh digantung kerana kegagalan membayar gaji, KWSP(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan lain-lain kepada pemain, maka pemain juga perlu berdepan tindakan seperti itu,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 150 penyokong Red Warrior di sini semalam.
Annuar hadir untuk merasmikan Kedai Sukan Al Jabbar Sport Dot Com, yang merupakan cawangan sulungnya di Jalan 8/35, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini.
Mengulas lanjut isu yang sama, Annuar turut membidas para pegawai kelab atau persatuan bola sepak juga tidak menghiraukan etika dalam cara mereka memancing pemain untuk menyertai pasukan masing-masing.
“Kita sebelum ini sudah ada buat pekeliling dan dihantar kepada semua pasukan lain bagi memaklumkan senarai pemain yang kita gugur.
“Namun ada juga pasukan yang tidak mempedulikan pekeliling tersebut dan membuat tawaran kepada pemain-pemain kami, tanpa diketahui KAFA,” jelasnya yang tidak menamakan pemain-pemain terbabit, namun sudah menjadi pengetahuan umum bahawa yang dirujuk beliau adalah tiga pemainnya iaitu Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.
Bagaimanapun, Annuar turut menegaskan, beliau mengambil berat isu ini bukan kerana ia menimpa KAFA semata-mata, tetapi ia merupakan masalah serius yang juga membelenggu Kuala Lumpur dan Selangor.
“Mengikut peraturan 10.5 FAM, usah nak kata berpindah, berunding pun tidak boleh melainkan dengan pengetahuan persatuan,” jelas beliau.
Sementara itu, Annuar memberitahu, KAFA telah menyiapkan afidavit berhubung dakwaan tiga pemainnya ‘dicuri’ pasukan lain, untuk diserahkan kepada FAM hari ini.

Nick Chan Mula Sertai Latihan.

Nick Chan Mula Sertai Latihan.

credit:Redsfc-news.blogspot.com

Nicholas Chan, pemain terbaru Red Warriors 2011 mula turun menjalani latihan pertama dengan rakan sepasukan lain dalam sesi latihan di Kota Bharu, semalam.

Pemain muda berusia 19 tahun tersebut sebelum ini mencipta fenomena baru di Kelantan dengan kemunculan pertama dalam pelancaran pemain di KB Mall.

Harapan besar disandarkan penyokong Sang Kijang kepada anak pemilik kelab Cardiff City ini menampilkan persembahan setaraf dengan pengalaman beraksi di peringkat Liga Kejohanan England.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencipta kejutan apabila mengumumkan menandatangani kontrak dengan Nick Chan.

Sathianathan yang ditemui turut berharap pemain ini mampu mencipta persembahan hebat diatas padang apabila diturunkan selain menggunakan kelebihan yang ada membentuk keserasian bersama pemain lain.

Dia mempunyai pengalaman beraksi di Liga Simpanan England selain masih muda.

Saya harap dia menggunakan peluang yang diberikan dengan segera mencari persefahaman mantap dengan pemain sedia ada, jelasnya.

Nick Chan yang pernah mewakili Cardiff City dan West Ham United beraksi di bahagian pertahanan tengah telah mengikat kontrak dua tahun dengan The Red Warriors.

Norshahrul VS Safee Sali: Siapa Lebih Hebat?

29 januari ini bakal menjadi penentu siapakah lebih hebat diantara kedua pemain yang akan mengetuai jentera serangan pasukan masing-masing nanti. Jika dalam skuad kebangsaan kedua pemain ini saling berkerjasama dengan hantaran yang kemas ke pintu gawang lawan, kini saingan piala Sultan Ahmad Shah akan menjadikan kedua-dua pemain ini pemusnah antara satu sama lain.

Persaingan sengit antara Selangor dan Kelantan akan memberi peluang kepada kedua pemain ini membuktikan kemampuan mereka pada pasukan dan seluruh rakyat Malaysia siapa wira sebenarnya. Ramai pemerhati sukan mencongak Norshahrul seorang penyerang yang baik hati dan bijak mencipta peluang kepada rakan-rakan, beliau tidak mementing diri sendiri, oleh itu tidak hairan sekiranya Norshahrul hanya mampu menjaring dua gol sahaja ketika perlawanan Piala AFF Suzuki 2011 kerana kebanyakan jaringan daripada pemain lain adalah hasil lolosan dan lorongan menarik Norshahrul. Norshahrul kelihatan tenang apabila setiap kali ditanya berkaitan tawaran pasukan luar negara, berbeza dengan Safee Sali yang begitu teruja ingin menyarung jersi luar negara sehinggakan pengurus pasukan Persib Bandung tampil menafikan penyertaan pemain emas Selangor ini.
Keupayaan Safee Sali selaku pembunuh di depan gawang juga tidak boleh dipandang mudah barisan pertahanan Kelantan 29 januari nanti. Keserasian 4 serangkai iaitu Amirul Hadi, Amri Yahya, Safik Rahim yang sentiasa bijak mencipta peluang kepada Safee Sali harus dikawal rapi barisan pertahanan supaya tugas Khairul Fahmi selaku benteng akhir Kelantan dapat diringankan dengan fokus yang baik menjaga golnya. Kemenangan Kelantan membelasah Selangor 3-0 pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2010 bukan lagi sandaran untuk mendabik dada selesa dengan kemenangan ini kerana barisan peledak tahun lalu sudah berubah. Kini Kelantan tiada lagi Akmal Rizal dan Norfarhan penjaring utama perlawanan tersebut.

Sandaran penyerang utama kini digalas Norshahrul  dan akan dibantu Ramzul Zahini serta Mohd Badhri Radzi, K. Soley, Nurul Azwan Royal, Shakir dan pemain lain bagi membawa pulang buat kali pertama Piala Sultan Ahmad Shah ini ke bumi Kelantan. Malam itu nanti akan menjadi penentu kehebatan dua pemain utama Malaysia ini samada Norshahrul atau Safee Sali pilihan terbaik pada pasukan mereka. Kedua-dua pemain ini dilaporkan mendapat tawaran lumayan daripada pasukan luar negara, sudah pasti perlawanan ini akan menjadi tumpuan wakil agen pasukan terbabit untuk datang menilai prestasi kedua pemain ini dan seterusnya mencadangkan pilihan terbaik kepada pengurusan mereka.


Walauapapun penilaian penyokong Malaysia kepada kedua pemain ini sekarang, Norshahrul dan Safee Sali masih ada 90 minit sebelum wisel perlawanan ditiupkan untuk mempamerkan aksi dan kehebatan sebenar mereka. Namun diingatkan keupayaan pasukan untuk kalah atau menang bukan bergantung kepada seseorang pemain sahaja kerana ianya memerlukan kesungguhan aksi daripada kesebelasan utama pemain dan yang paling utama pemain kedua belas selaku penggegar semangat kesebelasan pemain berfungsi dengan cemerlang.
Para penyokong The Red Warriors diseru turun beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan The Red Warriors yang akan terus tersenyum sepanjang musim ini setelah mendapat tajaan syarikat telekomunikasi "Happy". Malah sudah ada kata-kata gurauan pasukan ini akan dikenali dengan nama baru iaitu "Happy Warriors". Diharap kegembiraan ini sentiasa disulami dengan kemenangan pada tahun ini.
Teruslah bergomo bersama pasukan "The Happy Warriors " Oppssss silap The Red Warriors.....Gomo Kelate Gomo.....

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo[theredwarriors.com]

Ganjaran RM1.625j

KERINGAT dan pengorbanan 25 anggota skuad Harimau Malaya yang menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF ternyata berbaloi apabila kerajaan memperuntukkan ganjaran sebanyak RM1.625 juta dalam bentuk saham amanah dan wang tunai buat mereka.
Daripada jumlah itu, pemain dan jurulatih kebangsaan menerima RM65,000 setiap seorang yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis ramah mesra meraikan pasukan juara itu di kediaman rasminya di Seri Perdana semalam.

Ganjaran itu diberikan dalam bentuk unit saham Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 bernilai RM50,000 serta wang tunai RM10,000 manakala RM5,000 pula menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN).
Dalam ucapannya, Najib berkata, kejayaan skuad kebangsaan kendalian jurulatih K Rajagobal itu wajar diiktiraf kerana ia kejayaan yang istimewa.

“Setiap pemain dan jurulatih akan menerima Amanah Saham Wawasan bernilai RM50,000 setiap seorang. Ganjaran ini adalah untuk masa depan mereka, kena tunggu sampai 10 tahun (tempoh matang).

“Kejayaan menjuarai Piala AFF bukan sebarang kejuaraan, walaupun banyak lagi kejohanan lebih tinggi di peringkat Asia dan dunia tetapi kejayaan ini mencetuskan semangat patriotisme luar biasa di kalangan rakyat. Bila menang memang rasa nak menitiskan air mata,” kata beliau yang mengikuti setiap perkembangan skuad kebangsaan sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Pada majlis itu, semua pemain dan jurulatih hadir kecuali pemain sayap Mohd Ashaari Shamsuddin yang berada di Terengganu untuk bersama isterinya menantikan kelahiran cahaya mata pertama.

Malaysia menjuarai Piala AFF buat julung kalinya sejak dianjur pada 1996 dengan menumpaskan Indonesia menerusi agregat 4-2 selepas menang 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum tumpas 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta.
Selain itu, Najib turut menyuarakan kesudian kerajaan untuk memberikan sokongan penuh kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam membentuk pasukan negara lebih mantap.

Sebagai permulaan, kerajaan bersedia membiayai program latihan pemain negara ke kelab ternama serta memberikan peruntukkan RM500,000 menerusi Kementerian Belia dan Sukan kepada FAM untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya untuk kegunaan pemain.

“Kerajaan bersedia menaja pemain bagi ditempatkan ke kelab ternama pada masa depan dan terserah kepada FAM untuk memilih kelab sesuai,” kata Najib.

Kelantan Akan Bayar Insentif Kepada KAFA Sebelum 29 Jan




Dipetik Daripada BERNAMA
KOTA BAHARU, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kelantan telah memutuskan untuk membuat bayaran insentif sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam satu majlis sebelum perlawanan Liga Malaysia bermula 29 Jan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata mesyuarat mingguan Exco pada Rabu juga memutuskan untuk membayar insentif kepada Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) RM100,000 kerana berjaya membawa balik piala Emas Raja-Raja kembali ke Kelantan selepas menjuarai kejohanan piala itu baru-baru ini.

"Kita akan menjelaskan bayaran imbuhan kepada kedua-dua persatuan itu sebelum perlawanan sulung Liga Malaysia bermula 29 Jan ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco itu di sini.

Beliau juga yakin, pihak Perbadanan Stadium Negeri Kelantan akan dapat menyiapkan kerja-kerja membaik pulih stadium Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, termasuk lampu limpah dan padang bagi membolehkan perlawanan bola sepak diadakan pada sebelah malam sebelum tarikh berkenaan.

Katanya, ini sebagai memenuhi syarat-syarat piawaian yang dikehendaki Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, FAM memutuskan KAFA menganjurkan perlawanan bola sepak untuk musim ini pada sebelah siang sekiranya gagal membaikpulih dan menaikkan taraf stadium itu mengikut piawaian.

Mengenai cadangan KAFA untuk memajak Stadium selama 30 tahun dengan nilai RM10 juta seperti diumumkan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, Abdul Fatah berkata, setakat ini pihak kerajaan negeri belum menerima cadangan secara rasmi daripada pihak berkenaan.

Katanya, pada mulanya difahamkan kertas kerja cadangan itu akan dibawa dalam mesyuarat Majlis KAFA, tetapi ditarik balik tanpa diketahui alasannya.

 

FACEBOOK TAK JADI TUTUP.....


Assalamualaikum semua.:)

Yeah facebook tak jadi tutup kedai.Korang tau kan seblom nih kecoh satu world yang mark nak tutup facebook dia sebab dia dah tak tahan  nak melayan kerenah hampir 500 JUTA ahli laman web soSIAL dia tuh.Tapi itu semua dusta belaka sebab buat masa sekarang pihak facebook belom lagi keluarkan kenyataan camtu.Tu semua sengaja dicanang oleh pihak2 yang tertentu untuk mencari publisiti mahalan kan.

Tapi kan aku harap2 sangat facebook tak ditutup sebab kat situ lah aku habis kan masa2 keboringan aku,nak cating nak main game tapi aku tak main game cuma maksud aku nak mengignore kan permintaan kawan2 yang nak aku join game2 yang dorang main.Aku mana main game2 facebook nih.Cek tak pandai habaq hang.

Kat situ jugak lah tempat aku mencari kenalan dab juga cinta hati,yela aku ni suka stalker pic2 awek comel so kot2 ada jugak lah yangberkenan dihati,tunggu masa nak hantar rombongan meminang jew.hahahaha

Ok last,kepada mark sukebeger,lepas nih sila fokus skit pada benda2 remeh camni,ko tau tak satu donia huru hara pasal berita palsu nih,sila take note ye.Okbai.....:)

satu dunia terkejut ko boleh plak suka ea?pang baru tau.grrr

Karier tiga pemain tergugat

 degar ape yg TSAM ckp kt 3 abdul nie..!!
  nie satu lagi ape yg TSAM ckp kt 3abdul...........
TIGA bekas pemain Kelantan diketuai kapten The Red Warriors musim lalu, Indra Putra Mahayuddin yang bertindak menyertai T-Team untuk saingan Liga Malaysia 2011 ber kemungkinan berdepan dengan penggantungan satu musim serta denda sehingga RM25,000 setiap orang sekiranya di dapati bersalah.
Namun semuanya bergan tung kepada budi bicara dan pertimbangan yang bakal di putuskan Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada mesyuaratnya pada penghu jung bulan ini.
Kes berkenaan antara yang ditangguh jawatankuasa itu selepas bermesyuarat kelma rin diketuai oleh pengeru sinya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan penangguhan itu dengan menjelaskan mesyuarat berkenaan lebih menjurus kepada perbincangan me ngenai prosedur jawatankuasa itu untuk menjadi lebih telus di dalam mengenda likan sesuatu perkara.
“Salah satu langkah yang diputuskan adalah memanggil pihak membuat aduan dan yang dituduh untuk memberikan penjelasan lan jut berhubung perkara yang menjadi pertikaian,” kata nya.
Selain Indra Putra, dua lagi tonggak Kelantan musim la lu adalah pemain sayap, Norfarhan Muhammad dan pemain pertahanan, Azizi Mat Rose menyertai T-Team musim ini walaupun dilaporkan masih mempunyai kontrak dengan skuad The Red Wa rriors itu.


Tindakan tiga pemain itu dilaporkan menjejaskan per siapan Kelantan bagi meng hadapi saingan liga musim ditambah dengan pengguguran beberapa pemain ber pengalaman seperti Hairuddin Omar dan Che Hishammuddin Hassan. Mereka dikatakan tidak membalas surat tawaran lan jutan kontrak yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan di dalam tempoh ditetapkan sekali gus bermakna kontrak mereka akan dilanjutkan secara automatik.
Sebelum ini Takiyuddin tu rut menjelaskan perkara itu dengan berkata pemain perlu membalas tawaran kontrak lanjutan itu di dalam tempoh 14 hari dan sekiranya pemain tidak menerima tawaran dalam tempoh tiga bulan sebelum tamatnya kontrak, mereka berhak untuk mencari pasukan lain.

Perpindahan Pemain Utama Tidak Jejas The Red Warriors


Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, bersama barisan pemain pasukan
Kelantan semasa majlis memperkenalkan pasukan di KB Mall, Jumaat lalu.
Foto oleh Zaman Huri Isa
PERPINDAHAN pemain utama menjelang musim baru Liga Super tidak akan melemahkan pasukan Kelantan. Bahkan ketua jurulatih, B. Sathianathan, percaya ia akan menguntungkan Juara Piala Malaysia tersebut dalam jangka masa panjang, dengan mengenegahkan bakat muda dari pasukan junior yang diserapkan ke pasukan utama.

Ia tidak mudah apabila Kelantan kehilangan sembilan pemain, termasuk seperti pemain pertahanan Azizi Matt Rose dan penyerang Nor Farhan Muhammad, Indra Putra Mahyuddin, Akmal Rizal Rakhli dan Hairuddin Omar.

"Tentu saja pasukan kami akan membuat penampilan yang berbeza untuk musim baru ini, dan kunci di sini adalah ia melibatkan tahap kesabaran dan kesungguhan semua orang, daripada pihak pengurusan pasukan hinggalah kepada para penyokong"

"Pengurusan pasukan memahami keadaan ini dan kita telah diberikan kata-kata semangat untuk berjuang bagi memastikan Kelantan berada dalam kelompok empat pasukan teratas di peringkat kumpulan dan membawa pulang piala daripada setiap kejohanan," kata Sathianathan.

Beliau menjelaskan perkara tersebut apabila rata-rata penyokong mahukan kejayaan yang lebih baik dicapai pasukan Kelantan untuk musim ini.

"Tetapi, para penyokong harus memahami bahawa akan ada peringkat penyesuaian pasukan di awal musim ini kerana kita belum berpeluang menyusun barisan pemain yang terbaik untuk beraksi, disamping rencatan rancangan latihan disebabkan keadaan cuaca yang kurang baik dan padang latihan yang tidak dapat digunakan kerana sedang dibaikpulih."

"Apa yang kami dapat lakukan adalah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan Harimau Muda, Felda United FC, Sarawak dan Sime Darby di Lembag Klang yang keputusan perlawanan setakat ini tidak berpihak kepada pasukan kita"

Jurulatih itu berkata perancangan beliau terjejas apabila Azizi, Nor Farhan dan Indra Putra memutuskan untuk bersama pasukan T-Team empat hari sebelum tarikh pendaftaran pemain musim ini ditutup, membuatkan beliau tidak cukup masa untuk mencari pemain gantian yang sesuai.

"Ia hal yang berbeza dengan perpindahan Hairuddin dan Akmal Rizal dan kami telah membawa masuk Khalid Jamlus dan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ganti," katanya.

Pemain lain yang meninggalkan pasukan adalah Adney Syed Syed Hussein, Hishamuddin Che Hassan, Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin dan Mohd Shahrudy Aziz.

Selain daripada Khalid dan Wan Rohaimi, barisan muka baru yang lain adalah Norhadi Ubaidullah, Abdul Aziz Ismail, Khairan Ezuan Razali, Danial Fadzly Abdullah, Solihin Kanasian, Nurul Azwan Roya dan Ramzul Zahini Adenan.

BARISAN PEMAIN PASUKAN KELANTAN MUSIM 2011

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat, Shahrizan Ismail, Norhadi Ubaidillah, Halim Napi.

Pertahanan
S. Subramaniam, Farisham Ismail, Aziz Ismail, Daudsu Jamaluddin, Rizal Fahmi Rosid, Khairan Ezuan Razali, Zairul Fiteree Ishak.

Pemain Tengah
Wan Rohaimi Wan Ismail, Khairan Eroza Razali, Shakir Shaari, Badhri Radzi (KP), Wan Zaman Wan Mustapha, Danial Fadzly Abdullah.

Penyerang
Nizad Ayub, Norshahrul Idlan Talaha (PKP), Ramzul Zahini Adenan, Zul Yusri Che Harun, Solihin Kanasian, Nurul Azwan Roya, Khalid Jamlus.

Rajagobal ubah fikiran


Image © AFP
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal ketika bercakap pada sidang media sebelum pertemuan separuh akhir kedua menentang Vietnam, Piala Suzuki AFF, Hanoi 17 Disember 2010. (gambar arkib).

KUALA LUMPUR, (D5 Sports) - Dua tahun lalu, K. Rajagobal pernah menyuarakan hasratnya untuk berundur diri seandainya pasukan kebangsaan mendakap satu piala di bawah asuhannya.
Dalam tempoh itu, beliau berjaya membantu negara meraih pingat emas sukan Sea dan Piala Suzuki AFF.
Namun, Rajagobal terpaksa menangguh hajatnya kerana komited mahu mempersiapkan pasukan negara untuk layak ke Piala Asia 2015.
"Saya masih fikirkan kedudukan saya. Pasukan negara mempunyai perancangan jangka masa panjang dan sasaran saya ialah untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015," jelasnya.
Beliau tidak menolak dengan idea gandingan dua jurulatih seperti yang dijelmakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah walaupun mengakui masih belum ada perbincangan mengenai perkara tersebut.

The Red Warriors Jelajah Utara 14-21 Januari Ini

Berita baik kepada semua peminat The Red Warriors yang berada di sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Penang kerana pasukan The Red Warriors akan  menyambung sessi latihan yang kini sering tergendala akibat musim hujan di Kelantan ke negeri Pulau Pinang. Pasukan Kelantan telah merancang akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan dari tiga negeri ini.

Pada 15 januari 2011, pukul 8.30 malam pasukan The Red Warriors bakal diuji dengan perlawanan persahabatan barisan kental pasukan Kedah di Stadium Darul Aman. Penyokong Kelantan yang berada di kawasan utara, dijemput memeriahkan perlawanan ini yang sudah pasti akan menarik kehadiran ramai penyokong Kedah. Perlawanan ini bakal menguji keupayaan barisan Kelantan 2011, B. Kelantan dijangka akan menurunkan barisan terbaik dalam perlawanan ini dan memastikan para pemain yang diturunkan mengelakkan diri daripada terlibat dengan kecederaan yang boleh menjejaskan aksi mereka dalam perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah nanti.

Perlawanan persahabatan menentang Perlis dan Penang tarikh belum ditetapkan. Pasukan The Red Warriors akan berada di utara dari 14 hingga 21 Januari 2011. Perlawanan persahabatan terkini akan diberitahu kelak.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo[theredwarriors.com]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Arkib Blog