Kelantan Bloggers

Piya yakin Red Warriors calon paling layak julang Piala FA musim ini



KAPTEN skuad Kelantan, Mohd Badhri Rahdzi sudah melihat satu sinaran baru betapa pasukannya kini berada dalam landasan terbaik untuk mengungguli lebih daripada satu trofi, musim ini. 

Dengan kedudukan selaku pendahulu Liga Super berbekal 44 mata - walaupun seri 2-2 ketika menentang Harimau Muda A di Shah Alam, kelmarin - pemain berpengalaman itu beranggapan The Red Warriors memiliki segala ramuan buat mencipta gemilang di bawah pengendalian Datuk M Karathu.
“Kami sudah pun berjaya menjulang Piala Sumbangsih awal musim ini. Saya rasa musim ini menjadi musim terbaik kepada Kelantan untuk terus merangkul gelaran tambahan, termasuk Piala FA dan Liga Super.
“Kejayaan layak ke final Piala FA (11 Jun ini) menjadi satu lagi petanda baik kepada kita untuk melihat Kelantan menjulang baki kejuaraan dalam liga tempatan (Piala Malaysia, Piala FA, Liga Super). Namun ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Piya. 

Esok, Kelantan akan bertemu T-Team di tempat sendiri dan pemain itu jelas ghairah mahu membimbing rakan sepasukan merakamkan kemenangan penting di hadapan penyokong setia. 

Ketika disentuh mengenai peluang pasukannya pada final Piala FA, Piya yang mula menyertai Kelantan sejak 2009 lalu berkata kejayaan menumpaskan Selangor dengan jaringan besar di separuh akhir lalu jelas menunjukkan kesungguhan semua pihak untuk melihat The Red Warriors menjulang lebih banyak kejuaraan dalam satu musim. 

“Saya masih beranggapan peluang Kelantan dan Terengganu masih seimbang, 50-50 tetapi kami perlu berwaspada dengan ancaman mereka terutama jentera serangannya yang begitu konsisten dalam pemburuan gol musim ini,” katanya. | BERITA HARIAN |

RECORDS PERTEMUAN KELANTAN - T-TEAM




                 VS





                                                                            
KELANTAN vs T-TEAM
VENUE: Stadium Sultan Muhammad ke4
TIME: 8:45 Malam
DATE: 25.5.2011


RECORDS PERTEMUAN
05.04.2011     T-team 4-3 Kelantan
18.02.2011     T-team 1-1 Kelantan
03.09.2010     T-team 0-4 Kelantan
03.08.2010     Kelntan 0-0 T-team
06.03.2010     T-team 0-1 Kelantan
23.12.2009     Kelntan 2-0 T-team
   






Kelantan kekal pendahulu



Walaupun seri 2-2 dengan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, Kelantan berjaya mempertahankan kedudukan di tangga teratas Liga Super.
Sementara itu, Terengganu menang bergaya 3-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi memintas Selangor di tempat kedua.
Sebaliknya, Selangor terus mencatatkan satu lagi kekalahan apabila tumbang di tangan Pahang 2-1 di Stadium Darul Makmur.
Kedah dan Kuala Lumpur terikat 0-0 di Stadium Darul Aman manakala Johor FC menang 2-1 berdepan Perlis di Stadium JCorp.
Di Stadium Likas, T-Team mengecewakan tuan rumah, Sabah dengan kemenangan 3-1. Satu lagi keputusan memperlihatkan Perak menang tipis 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur ke atas Felda United.[Utusan]

RECORDS PERTEMUAN HARIMAU MUDA VS KELANTAN

VS
HARIMAU MUDA A VS KELANTAN
VENUE: STADIUM SHAH ALAM
TIME: 8:45PM
DATE: 22 MAY 2011


RECORDS PERTEMUAN


1,4,2011:KELANTAN [2-1] HARIMAU MUDA


4,4,2008:KELANTAN [4-1] HARIMAU MUDA


14,1,2008:HARIMAU MUDA [1-2] KELANTAN
                                  

KAFA sedia bantu penyokong



PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersedia membantu menguruskan pembelian tiket untuk peminatnya menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 11 Jun ini.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya juga telah berunding dengan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mengadakan perkhidmatan tempahan khas bagi penyokong negeri itu bertandang ke Stadium Nasional.
"Ini bagi memastikan 60,000 penyokong Kelantan yang bakal menyaksi dan memberi sokongan kepada pemain dari negeri ini," katannya pada majlis orientasi dan pendaftaran Pelatih-Pelatih Akademi Red Warriors Al-Amra (Army) di Pangkal Kala, dekat Kota Bharu semalam.
Pada majlis itu, seramai 320 pelajar pelbagai peringkat umur menyertai akademi itu yang bertujuan melahirkan pemain pelapis yang bakal mewarisi kegemilangan pasukan bola sepak Kelantan.
Annuar berkata, penyokong yang ingin ke Kuala Lumpur secara rombongan supaya menghubungi KAFA bagi mendapatkan tiket.
Katanya, tempahan tiket juga boleh dibuat melalui Internet dan setiap orang boleh membeli empat tiket secara online dengan melayari www.redwarriors@tiket.com.my.

5 Gol Terbaik Liga Super Malaysia (Saingan Ke-20)


1. Ashaari Samsuddin [Terengganu]
2. Shahruain Abu Samah [N. Sembilan]
3. Shukor Adan [N. Sembilan]
4. Mohd Badhri Radzi [Kelantan]
5. Abd Hadi Yahya [Terengganu]

Dengan Izin: Rizal Hashim vs TS Annuar Musa



                                                         part1            
                                                     part2                      
                                                        part3                    

Negeri-negeri yang pernah Juara & Naib juara Piala Fa



Piala FA
Tahun
Juara
Keputusan
Naib-Juara
Venue
2010
Negeri Sembilan
1-1 (a.e.t, Penalti 5-4)
Kedah
Std Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009
Selangor
1-1 (a.e.t, Penalti 4-1)
Kelantan
Std Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008
Kedah
3-2
Selangor
Std Shah Alam
2007
Kedah
0-0 (Penalti 4-2)
Perlis
Std Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang
2006
Pahang
0-0 (Penalti 4-2)
Perlis
Std Nasional, Bukit Jalil, K.Lumpur
2005
Selangor
4-2
Perak
Std Shah Alam
2004
Perak
3-0 (a.e.t. 0-0)
Terengganu
Std Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003
Negeri Sembilan
2-1
Perlis
Std Perak, Ipoh
2002
Pulau Pinang
1-0
Perak
Std Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001
Selangor
1-0
Sarawak
Std Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000
Terengganu
1-1 (Pen. 4-3)
Pulau Pinang
Std Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang
1999
Kuala Lumpur
0-0 (Penalti 5-3)
Terengganu
Std Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu
1998
Johor
1-0
Sabah
Std Likas, Kota Kinabalu
1997
Selangor
1-0
Pulau Pinang
Std Perak, Ipoh
1996
Kedah
1-0
Sarawak
Std Merdeka, Kuala Lumpur
1995
Sabah
3 -1
Pahang
Std Merdeka, Kuala Lumpur
1994
Kuala Lumpur
3-1
Sabah
Std Merdeka, Kuala Lumpur
1993
Kuala Lumpur
2-1
Sabah
Std Merdeka, Kuala Lumpur
1992
Sarawak
2-1
Kuala Lumpur
Std Negeri, Kuching
1991
Selangor
1-0
Perak
Std Merdeka, Kuala Lumpur
1990
Perak
4-2
Selangor
Std Merdeka, Kuala Lumpur

Pencapaian Terbaik Pasukan
Pasukan
Johan
Naib-Johan
Selangor
5
1
Kuala Lumpur
3
1
Perak
2
3
Kedah
3
-
Sabah
1
3
Sarawak
1
2
Terengganu
1
2
Pulau Pinang
1
2
Pahang
1
1
Johor
1
-
Negeri Sembilan
2
-
Perlis
-
3
Kelantan
-
1

Kembali Dipersada Liga




KL FELDA UNITED FC 1
Mohd Hasmarul Fadzir Hassan (m-85)
KELANTAN 3
Muhd Badhri (m-30)
Rashid Mahmud (gol sendiri m-46)
Norshahrul Idlan Talaha (pen m-88)
KUALA LUMPUR – Kelantan kembali merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah mengalahkan KL Felda United FC 3-1 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Malah, kejayaan T-Team mengalahkan Selangor 2-1 pada aksi perlawanan yang berlangsung sebelah petang di Kuala Terengganu sebelum itu memberi perkhabaran gembira kepada anak buah Datuk M Karathu untuk kembali bermotivasi tinggi merampas gelaran selaku pendahulu liga malam tadi.
Seawal minit kelima, Felda United FC diberikan ‘sepakan penalti kontroversi’ setelah penjaga garisan mengesan bola terkena tangan Mohd Farisham Ismail didalam kotak penalti. Namun penyerangnya, Azrul Ahmad mensia-siakan peluang terbaiknya apabila sepakan keduanya diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat setelah sepakan pertamanya dibatalkan sebelum itu.
Pada m-25, Felda United kembali mencemaskan pintu gol Kelantan apabila sepakan percuma oleh Mohd Lot Abu Hassan ditanduk kemas Mohd Nizaruddin Yusoff namun Khairul Fahmi pantas menyelamatkan keadaan.
Selang dua minit kemudian, berpunca serangan balas, Chow Chee Weng pantas menyilang bola ke dalam kotak penalti namun tampanan kurang kemas Mohd Nizaruddin menyaksikan bola  tersasar disebelah kanan biarpun Khairul Fahmi sudah pun tertewas dipintu gol Kelantan.
Disebalik asakan bertali arus pemain tuan rumah, Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri menceriakan penyokong setia The Red Warriors apabila menjaringkan gol pertama pada m-30. Berpunca hantaran lintang Mohd Daudsu Jamaluddin ke dalam kotak penalti, Muhd Badhri pantas menanduk tepat menewaskan Mohd Hamsani Ahmad untuk menghasilkan gol pertama Kelantan.
Empat minit berselang, penyerang terbilang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha mensia-siakan peluang terbaiknya untuk menjarakkan kedudukan Kelantan setelah menyepak liar ke sebelah kiri pintu gol biarpun hanya berhadapan Mohd Hamsani didalam kotak penalti pasukan tuan rumah.
Minit-minit akhir babak pertama, Felda United FC gagal menyamakan kedudukan apabila rembatan Mohd Lot hanya sedikit tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan.
Seminit babak kedua bersambung, Kelantan berjaya menjadikan kedudukan selesa setelah mendahului 2-0. Pemain pertahanan tuan rumah, Rashid Mahmud tertolak bola ke gawang sendiri setelah gagal membaca tepat hantaran mengelirukan Mohd Nurul Azwan Roya ke dalam kotak penalti pasukannya.
Biarpun ketinggalan dua gol, anak buah E Elavarasan jelas tidak mudah patah semangat malah lebih bersemangat untuk merapatkan jurang namun tandukan terbang bekas penyerang kebangsaan, Mohd Nizaruddin pada m-56 berpunca hantaran lintang Mohd Lot dibatalkan oleh pengadil setelah dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.
Tiga minit kemudian, pemain tengahnya, Chow Chee Weng sempat memperdayakan Mohd Daudsu didalam kotak penalti Kelantan namun rembatan kencangnya pula dinafikan oleh Khairul Fahmi.
Felda United FC turut mempunyai dua terbaik untuk merapatkan jurang selepas itu apabila rembatan kencang K Rajan pada m-75 terus ke dakapan Khairul Fahmi sementara tandukan cantik pemain gantian, Amir Shahreen Abd Mubin tiga minit kemudian sedikit tersasar daripada pintu gol Kelantan.
Pada m-85, Felda United FC memperolehi gol saguhati mereka menerusi tandukan cantik Mohd Hasmarul Fadzir yang menyambut baik sepakan percuma pemain gantian, Mohd Syazwan Zainon.
Namun kegembiraan pemain tuan rumah meraikan jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila Kelantan kembali menjadikan kedudukan 3-1 tiga minit selepas itu. Tindakan Abdul Ghani Abdul Rahman mengasari Mohd Nurul Azwan didalam kotak penalti akhirnya mengundang padah apabila pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti untuk Kelantan.
Norshahrul Idlan mudah menyempurnakan sepakan itu untuk menghasilkan gol ketiga Kelantan seterusnya membunuh semangat juang pemain Felda United FC untuk mencipta kejutan dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
KL FELDA UNITED FC : Mohd Hamsani Ahmad (KP) (Mohd Faizal Abd Rashid), Abdul Ghani Abd Rahman, Rashid Mahmud, Mohd Hasmarul Fadzir Hassan, Ramesh Lai Ban Huat, K Rajan, Mohd Lot Abu Hasan (Amir Shahreen Abd Mubin), Azi Shahril Azmi, Chow Chee Weng (Mohd Syazwan Zainon), Mohd Nizaruddin Yusoff dan Mohd Azrul Ahmad.
FORMASI : 4-4-2
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP) (Danial Fadzly Abdullah), Mohd Shakir Shaari (Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid), S Chanturu, Muhammad Khalid Jamlus (Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : KL Felda United FC (6) Kelantan (2)
Percubaan tersasar : KL Felda United FC (9) Kelantan (2)
Sepakan penjuru : KL Felda United FC (3) Kelantan (8)
Sepakan percuma : KL Felda United FC (11) Kelantan (15)
Ofsaid : KL Felda United FC (5) Kelantan (4)
Kekasaran : KL Felda United FC (10) Kelantan (7)
Kad kuning : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Lima minit
Penguasaan bola : KL Felda United FC (52%) Kelantan (48%)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger