Nick Chan Mula Sertai Latihan.

Nick Chan Mula Sertai Latihan.

credit:Redsfc-news.blogspot.com

Nicholas Chan, pemain terbaru Red Warriors 2011 mula turun menjalani latihan pertama dengan rakan sepasukan lain dalam sesi latihan di Kota Bharu, semalam.

Pemain muda berusia 19 tahun tersebut sebelum ini mencipta fenomena baru di Kelantan dengan kemunculan pertama dalam pelancaran pemain di KB Mall.

Harapan besar disandarkan penyokong Sang Kijang kepada anak pemilik kelab Cardiff City ini menampilkan persembahan setaraf dengan pengalaman beraksi di peringkat Liga Kejohanan England.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencipta kejutan apabila mengumumkan menandatangani kontrak dengan Nick Chan.

Sathianathan yang ditemui turut berharap pemain ini mampu mencipta persembahan hebat diatas padang apabila diturunkan selain menggunakan kelebihan yang ada membentuk keserasian bersama pemain lain.

Dia mempunyai pengalaman beraksi di Liga Simpanan England selain masih muda.

Saya harap dia menggunakan peluang yang diberikan dengan segera mencari persefahaman mantap dengan pemain sedia ada, jelasnya.

Nick Chan yang pernah mewakili Cardiff City dan West Ham United beraksi di bahagian pertahanan tengah telah mengikat kontrak dua tahun dengan The Red Warriors.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog