Kelantan Bloggers

All About Khairul Fahmi Che Mat I Malaysian Goalkeeper




Nama : Khairul Fahmi bin Che Mat
 Tarikh Lahir :7 Januari 1989 (1989-01-07) (21 tahun)
 Asal : Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tinggi : 1.70 m (5 kaki 7 in)
Posisi :  Penjaga Gol
 Kelab : Kelantan (The Red Warrior)
 Jersi Kebangsaan : 19

 Khairul Fahmi pernah diserapkan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Ini sekaligus membuktikan bahawa produk sekolah sukan boleh memberikan sesuatu yang terbaik.

Sepanjang tahun 2010, Khairul Fahmi merupakan salah seorang daripada skuad Kelantan yang menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya. Di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, Khairul Fahmi telahpun dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik.

Dek kerana itu, Khairul Fahmi aka Apex telah membuat penampilan sulung skuad kebangsaan bawah-23 ketika Sukan Asia 2010.

Suzuki Cup 2010 merupakan medan kebanggaan buat Apex apabila dipanggil untuk skuad senior kebanggsaan. Apex cleansheet melawan Thailand apabila seri 0-0. Apex juga cleansheet melawan Vietnam dua kali ketika semifinal. Di final pertama, Khairul bermain dengan baik dan menyelamatkan banyak percubaan Indonesia. Malaysia menang 3-0 di Bukit Jalil. Di final kedua yang diadakan di Indonesia, Apex menampilkan prestasi yang baik dengan menyelamatkan banyak serangan dari Indon. Keputusan berakhir dengan 1-2, dan Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki Cup buat pertama kalinya.


Buat pengetahuan semua, Apex ada dua jew akaun FB iaitu fb apex dan fans pages apex. Yang lain semuanya adalah penipuan semata-mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger

Arkib Blog