Pemain Kelantan terpaksa dikawal ketat. Foto oleh Haniff Omar
Penuh bersemangat Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa. Foto oleh Haniff Omar
Rata-rata penyokong yang ditemui kagum dengan semangat presiden KAFA meletakkan sasaran tiga piala pada tahun ini dan berharap pasukan The Red Warriors berusaha bersungguh-sungguh mencapai impian ini. Demikian juga dengan harapan dan rayuan para peminat agar perlawanan bolasepak ditukarkan kembali pada waktu malam, perlawanan pada pukul 4.45 petang amat menyukarkan mereka kerana setelah keluar dari pejabat 4.30 petang, mereka terpaksa segera ke stadium dan bersesak-sesak beratur membeli tiket.Turut kelihatan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Kelab Cardiff City), isteri dan En Nasir (Sinar),
En Azlan (Pengurus Merchandise Warriors Solution)
En. Mohd Kamaruzaman Bin Che Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group).
Kemeriahan bolasepak Kelantan dan majlis perlancaran jersi baru ini turut dirasai dua penaja baru yang hadir sebagai tetamu khas iaitu Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Kelab Cardiff City) dan En. Mohd Kamaruzaman Bin Che Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group) sekaligus menutup spekulasi dan desas-desus mengenai penajaan dua individu ini. Pencapaian Kelantan dan pengurusan KAFA yang berjaya menarik minat penajaan harus diberi pujian kerana tanpa tajaan ini, pasukan bolasepak kita tidak mampu bersaing megah di arena bolasepak negara.En Azlan (Pengurus Merchandise Warriors Solution)
En. Mohd Kamaruzaman Bin Che Hussain (Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group).
Namun terima kasih tidak terhingga juga harus diberikan kepada para penyokong The Red Warriors yang masih lagi mengungguli sebagai penaja terbesar Kelantan dan Malaysia dengan nilai tajaan melalui kutipan tiket pada tahun 2010 daripada 270,000 penyokong mampu menyumbang kutipan mencecah RM3.7 juta dan memberi pendapatan bersih kepada KAFA RM1 juta. Harapan pada tahun ini dengan kebangkitan bolasepak Malaysia dan kejayaan berterusan pasukan Kelantan mampu meningkatkan pencapaian kutipan tiket Kelantan.
Ketua Pegawai Media KAFA Wan Badri menunjukkan jersi terbaru The Red Warriors 2011. Foto oleh Haniff Omar
Bersama-sama kita terus menaikkan semangat wira-wira merah kita, 29 januari nanti ada tugasan penting kepada kita semua untuk dilaksanakan iaitu tugas sebagai pemain keduabelas The Red Warriors. Shah Alam bakal digegar gegak gempita laungan "Gomo Kelate Gomo" dan menyaksikan lautan merah yang akan memenuhi setiap sudut stadium keramat Selangor nanti. Perlawanan pembukaan ini diharap menjadi permulaan perubahan sikap dan imej baru penyokong The Red Warriors serta mampu menangkis segala provokasi, keganasan, balingan mercun dan yang terburuk seupamanya.
JERSI ADO DOH......KITO GOMO SELANGORLAH PULOKKKK................BERETILAH NAK GOMO ORE TUUUHH.....BIAR PEMAIN BERGOMO SUDOH......GOMO KELATE GOMO.
PIALA KEBANGGAAN RAKYAT KELANTAN.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo[theredwarriors.com]