Bagi peminat setia The Red Warriors yang masih ragu-ragu dan sangsi atau inginkan keterangan lanjut mengenai sistem tempahan ini bolehlah menghubungi terus pejabat KAFA . Sistem tempahan ini antara projek permulaan yang dalam proses perlaksanaan dan akan dinaiktaraf dari masa ke semasa sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini oleh Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya, begitu juga dengan sistem keahlian The Red Warriors yang kini dalam proses akhir pembangunan sistem.
Mengapa Jersi Lambat Siap?
Jersi ini masih menunggu pengesahan penaja rasmi FAM dan KAFA, bagi memastikan tiada sebarang kesilapan atau kecacatan, pengeluar jersi ini iaitu UMBRO masih menanti pengesahan rasmi daripada FAM dan KAFA. Lantaran ini para peminat The Red Warriors yang berminat bolehlah meneruskan tempahan atau bersabar sehingga Februari.
Mengapa Hanya Boleh Di Tempah Dalam THEREDWARRIORS.COM sahaja?
Sistem tempahan ini adalah antara usaha permulaan ke arah pengurusan stok barangan KAFA dengan lebih terurus dan tersusun. Operasinya sama seperti web-web kelab bolasepak lain yang mengutamakan portal rasmi bagi hak penjualan. Usaha ini selaras dengan proses pengambilalihan Theredwarriors.com Sdn Bhd bagi mengurus dan menjana pendapatan untuk kemajuan KAFA.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo [www.theredwarriors.com]